Pakaian Akademik Universiti yang lengkap terdiri daripada jubah graduan, hud dan mortar board.
Pakaian Akademik Universiti ini hendaklah dipakai sepanjang Majlis Konvokesyen ini berlangsung.
Peringatan
Graduan tidak dibenarkan mengubahsuai jubah graduan, hud dan mortar board.
PAKAIAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN
GRADUAN LELAKI
- Lounge suit (blazer dan seluar slack) berwarna gelap serta bertali leher atau
Berkemeja lengan panjang dengan tali leher dan berseluar slack gelap atau
Baju Melayu lengkap bersamping atau
Baju Kebangsaan yang sopan dan bertutup penuh dan bersesuaian dengan protokol majlis rasmi dan istiadat konvokesyen
Kasut formal berwarna gelap dan bertutup penuh
Sandal/kasut sukan TIDAK DIBENARKAN
- Sandal TIDAK DIBENARKAN
Berambut pendek dan kemas serta tidak melebihi kolar baju
GRADUAN WANITA
Baju kurung tradisional atau kebarung atau kebaya labuh atau
Lounge suit atau
- Baju Kebangsaan yang sopan dan bertutup penuh dan bersesuaian dengan protokol majlis rasmi dan istiadat konvokesyen
Kasut formal gelap dan bertutup penuh
Purdah/pakaian yang menutup muka TIDAK DIBENARKAN.
Sandal/kasut sukan TIDAK DIBENARKAN
Peringatan
Urus setia/Pegawai Keselamatan berhak menghalang graduan yang tidak mematuhi Kod Pakaian sebagaimana di atas daripada masuk ke dalam Dewan Tuanku Canselor USIM.