KAD JEMPUTAN

Setiap graduan akan menerima dua (2) kad jemputan digital bagi kehadiran dua (2) orang tetamu sahaja. Kad jemputan digital perlu ditunjukkan untuk diimbas oleh petugas semasa menghadiri Majlis Konvokesyen. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan Tuanku Canselor USIM.

Adalah diingatkan bahawa pemegang kad jemputan Majlis Konvokesyen digital sahaja yang akan dibenarkan masuk ke dalam Dewan Tuanku Canselor USIM. Kad jemputan Majlis Konvokesyen digital boleh dimuat turun selepas bakal graduan membuat pengesahan kehadiran ke Majlis Konvokesyen melalui portal i-Student mulai 25 September 2026. Pihak Universiti akan mengadakan siaran video secara langsung di ruang legar Dewan Tuanku Canselor untuk tetamu yang tidak dapat memasuki dewan.