Graduan dikehendaki memulangkan Pakaian AKademik Universiti sejurus tamatnya sidang konvokesyen mengikut lokasi berikut:
Bilik Jubah 1 – bagi graduan:
– Siswazah (Doktor Falsafah, Sarjana dan Diploma Siswazah)
– Sarjana Muda (FPSK dan FPg)
Bilik Jubah 2 – bagi graduan:
– Sarjana Muda (FKP, FPQS, FSU, FPBU, FST, FKAB dan FEM)
Jadual waktu operasi Bilik Jubah 1 dan Bilik Jubah 2 sepanjang Majlis Konvokesyen USIM adalah seperti berikut:
| TARIKH/HARI | MASA | TUTUP |
|---|---|---|
| 3 November 2026 (Selasa) | 7:30 pagi – 6:00 petang | – |
| 4 November 2026 (Rabu) | 7:30 pagi – 6:00 petang | – |
| 5 November 2026 (Khamis) | 7:30 pagi – 6:00 petang | – |
| 6 November 2026 (Jumaat) | 7:30 pagi – 5:00 petang | – |
| 7 November 2026 (Sabtu) | 9:00 pagi – 4:30 petang | – |
| 8 November 2026 (Ahad) | 9:00 pagi – 1:00 tengah hari | – |
Bermula pada 9 November 2026, semua graduan Sarjana Muda dan graduan Siswazah perlu memulangkan jubah di pejabat Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Aras 2, Bangunan Canselori, pada waktu pejabat.
Peringatan : Graduan akan dikenakan denda lewat memulangkan Pakaian Akademik Universiti bermula pada hari kedua selepas sidang masing-masing.