• Para graduan hendaklah dengan segera melapor diri kepada Pegawai Bertugas di pintu kiri (A) atau kanan (B) Dewan Tuanku Canselor pada waktu yang telah ditetapkan. Para graduan diingatkan supaya tidak melengah-lengahkan masa untuk melaporkan diri.

  • Para graduan hendaklah mematuhi arahan yang diberi oleh pegawai yang bertugas.

  • Para graduan hendaklah berada di dalam barisan yang telah ditetapkan sebelum masuk ke dalam dewan.

  • Para graduan akan dibawa dan berarak ke tempat duduk masing-masing di dalam Dewan Tuanku Canselor. Sila duduk di tempat masing-masing dengan tertib. Para graduan tidak dibenarkan menukar tempat duduk atau duduk di tempat graduan lain ketika Majlis Konvokesyen sedang berlangsung.

  • Para graduan tidak dibenarkan keluar dari Dewan Tuanku Canselor sehingga semua istiadat Majlis Konvokesyen selesai.

  • Apabila diumumkan “Perarakan Besar/Perarakan Canselor Masuk ke Dewan,” para graduan dan tetamu hendaklah berdiri sehingga ahli-ahli perarakan tersebut duduk di tempat masing-masing. Perkara yang sama juga perlu dilakukan apabila diumumkan “Perarakan Besar/Perarakan Canselor Keluar Dewan”.

  • Para graduan akan keluar mengikut Perarakan Besar selepas juru acara mengumumkan “Perarakan Graduan Keluar Dewan”.

  • Pakaian Akademik Universiti hendaklah dipakai dengan sempurna sepanjang istiadat Majlis Konvokesyen.

  • Para graduan tidak dibenarkan memakai Pakaian Akademik Universiti ketika ke bilik air. Graduan dikehendaki menanggalkan pakaian tersebut dan meletakkannya di tempat duduk sebelum keluar dari Dewan Tuanku Canselor dan hendaklah dipakai semula sekembalinya graduan ke tempat duduk.