Soalan Lazim Berkaitan Majlis Konvokesyen

Soalan Lazim Berkaitan Majlis Konvokesyen2023-09-19T18:01:13+08:00

SOALAN LAZIM BERKAITAN
MAJLIS KONVOKESYEN USIM

SOALAN 1 : BERAPA ORANG JEMPUTAN TETAMUKAH YANG BOLEH MASUK KE DALAM DTC BAGI MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN USIM?2024-09-05T17:07:52+08:00

JAWAPAN : Setiap graduan akan diserahkan dengan 1 kad jemputan semasa Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti yang akan diadakan pada 9 hingga 11 November 2024. Kad jemputan ini akan membenarkan 2 orang tetamu(ibu bapa/penjaga) untuk hadir ke dalam Dewan Tuanku Canselor.

SOALAN 2 : BILAKAH GRADUAN BOLEH MEMINJAM JUBAH KONVOKESYEN?2024-09-05T17:09:51+08:00

JAWAPAN : Jubah konvokesyen boleh dipinjam bermula 9 hingga 11 November 2024 mengikut jadual yang telah ditetapkan. Rujuk jadual peminjaman jubah mengikut fakulti di sini

Jadual Peminjaman Jubah

SOALAN 3 : BERAPA HARI JUBAH KONVOKESYEN BOLEH DIPINJAM?2024-09-05T17:15:18+08:00

JAWAPAN : Graduan boleh meminjam jubah konvokesyen bermula daripada tarikh Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti sehingga hari sidang graduan iaitu dalam tempoh 3 minggu. Selepas 2 hari daripada hari sidang, denda akan dikenakan sebanyak RM5 setiap 1 hari kelewatan (rujuk jadual denda di sini). Graduan digalakkan memulangkan Pakaian Akademik Universiti selepas sidang selesai. Skrol Ijazah, Transkrip Akademik Rasmi dan Surat Tamat Pengajian hanya boleh diambil selepas Jubah Konvokesyen dipulangkan.

SOALAN 4 : ADAKAH SAYA PERLU HADIR KE SESI RAPTAI KONVOKESYEN?2024-09-05T17:18:40+08:00

JAWAPAN : Untuk makluman semua graduan, bermula pada Majlis Konvokesyen Ke-20 USIM tahun 2022 raptai Majlis Konvokesyen telah ditukarkan format kepada Taklimat Majlis Konvokesyen USIM. Taklimat ini diwajibkan kepada semua graduan dan akan diadakan pada Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti. Graduan diminta merujuk jadual taklimat di laman web Majlis Konvokesyen USIM. Graduan yang tidak hadir boleh mengikuti taklimat tersebut yang akan rakamkan secara langsung secara dalam talian. Maklumat secara langsung taklimat tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

SOALAN 5 : ADAKAH SAYA PERLU PULANGKAN SENDIRI JUBAH KONVO KEPADA USIM?2024-09-05T17:20:12+08:00

JAWAPAN : Jubah Konvokesyen perlu dipulangkan oleh graduan sendiri atau boleh diwakilkan di Bilik Jubah 1 atau 2, Dewan Tuanku Canselor bermula pada 3 Dis hingga 8 Dis 2024 dan di Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik bermula 9 Disember 2024.

SOALAN 6 : BOLEHKAH JIKA SAYA INGIN MENGEPOS JUBAH KONVO TERSEBUT KEPADA USIM SETELAH SELESAI MENGGUNAKANNYA?2023-09-19T17:40:32+08:00

JAWAPAN : Jubah Konvokesyen TIDAK DIBENARKAN dipulangkan secara pos. Graduan boleh mewakilkan keluarga/rakan bagi memulangkan jubah tersebut. Graduan diingatkan untuk memulangkan jubah dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan dikenakan denda. Graduan juga perlu bertanggungjawab menjaga Jubah Konvokesyen dengan baik. Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan, denda akan dikenakan (rujuk jadual denda di sini).

SOALAN 7 : ADAKAH SESI FOTOGRAFI DISEDIAKAN PADA MAJLIS KONVOKESYEN INI?2024-09-05T17:20:27+08:00

JAWAPAN : Ya. Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) akan melantik syarikat yang akan menguruskan fotografi rasmi Majlis Konvokesyen USIM. Kaunter fotografi akan dibuka pada Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti yang akan diadakan pada 9 hingga 11 November 2024 bagi membolehkan graduan memilih pakej fotografi yang disediakan.

SOALAN 8 : ADAKAH SAYA PERLU MEMBAYAR LAGI YURAN KONVOKESYEN SEBANYAK RM250?2023-09-19T17:41:32+08:00

JAWAPAN : Untuk makluman semua graduan, yuran konvokesyen TELAH DICAJ DAN DIBAYAR SEMASA PELAJAR MENDAFTAR UNIVERSITI. Walau bagaimanapun, sekiranya graduan mempunyai hutang tertunggak, graduan perlu menyelesaikan semua hutang sebelum meminjam jubah konvokesyen pada Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti. Graduan yang memiliki hutang tidak akan dibenarkan untuk meminjam jubah konvokesyen dan tidak dibenarkan menghadiri Majlis Konvokesyen USIM. Hanya bayaran fotografi pentas sahaja yang perlu dibayar oleh graduan.

SOALAN 9 : SEKIRANYA GRADUAN HADIR DAN MEMBAWA LEBIH DARI 2 ORANG AHLI KELUARGA, ADAKAH TEMPAT KHAS DISEDIAKAN?2023-09-19T17:41:51+08:00

JAWAPAN : Graduan hanya boleh membawa masuk 2 ORANG AHLI KELUARGA/PENJAGA SAHAJA ke dalam dewan. Tempat khas di luar dewan ada disediakan namun tempat ini adalah terhad.

SOALAN 10 : ADAKAH SAYA PERLU MEMBUAT BAYARAN UNTUK KHIDMAT FOTOGRAFI KERANA SAYA ADA MEMBAWA KAWAN UNTUK MENGAMBIL GAMBAR?2023-09-19T17:42:16+08:00

JAWAPAN : Universiti menyediakan sesi fotografi pentas rasmi dan semua graduan perlu membayar untuk mendapatkan pakej gambar tersebut. Jurugambar luar tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

SOALAN 11 : SAYA TIDAK DAPAT HADIR MAJLIS KONVOKESYEN TERSEBUT, ADAKAH SAYA LAYAK UNTUK MENERIMA KAD ALUMNI (KAD UGRADS)?2023-09-19T17:42:35+08:00

JAWAPAN : Graduan yang disahkan dan mendapat status Layak Dianugerahkan Ijazah (LDI) LAYAK MENERIMA KAD ALUMNI (KAD UGRADS) walaupun tidak hadir pada majlis tersebut. Kad ini akan diberikan semasa graduan melapor diri di Pintu A/B. Graduan yang tidak hadir, boleh menuntut kad ini di pejabat Pusat Kerjaya dan Alumni selepas selesai semua sidang Majlis Konvokesyen.

SOALAN 12 : ADAKAH SAYA BOLEH DATANG PADA BILA-BILA MASA SAHAJA ASALKAN MENGIKUT SIDANG YANG TELAH DITETAPKAN?2024-09-05T17:22:11+08:00

JAWAPAN : Semua bakal graduan perlu mematuhi masa kehadiran setiap sidang yang telah dinyatakan pada jadual sidang di laman web Majlis Konvokesyen USIM dan pada Surat Jamputan Graduan ke Majlis Konvokesyen USIM. Bakal graduan perlu melapor diri di Pintu A/B DTC bermula pukul 7.30 pagi bagi sidang pagi dan bermula pukul 1.50 tengah hari bagi sidang petang. Kehadiran awal sangat penting untuk memastikan kelancaran sidang tersebut. Graduan yang hadir lewat tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

SOALAN 13 : BOLEH ATAU TIDAK SAYA TIDAK MAHU MENGAMBIL GAMBAR RASMI KONVOKESYEN?2023-09-19T17:43:17+08:00

JAWAPAN : Semua bakal graduan diwajibkan mengikuti semua tatacara Majlis Konvokesyen USIM termasuk mengambil foto pentas rasmi Majlis Konvokesyen. Ini merupakan perkara wajib yang dilakukan setiap kali Majlis Konvokesyen USIM.

SOALAN 14 : AYAH SAYA TDAK BOLEH MEMANDU JAUH MANAKALA IBU PULA TIDAK TAHU MEMANDU, SAYA TERPAKSA MEMBAWA ABANG SEBAGAI PEMANDU KEDUA. ADAKAH DIBENARKAN MEMBAWA LEBIH AHLI KELUARGA?2023-09-19T17:43:49+08:00

JAWAPAN : DIBENARKAN. Seperti Majlis Konvokesyen pada tahun-tahun lepas, pihak urus setia ada menyediakan tempat duduk tambahan kepada tetamu yang tidak dapat masuk ke dalam dewan. Walau bagaimanapun, tempat duduk ini adalah terhad.

SOALAN 15 : ADA APA-APA CAJ TAMBAHAN UNTUK PEMINJAMAN JUBAH?2023-09-19T17:44:17+08:00

Jawapan : Peminjaman jubah konvokesyen telah dicaj di dalam yuran konvokesyen dan graduan tidak perlu membuat apa-apa bayaran untuk mengambil jubah tersebut KECUALI graduan yang telah merosakkan atau menghilangkan jubah tersebut. Caj akan dikenakan mengikut kadar kerosakan dan bagi kes kehilangan, graduan akan dicaj dengan kadar jualan jubah. Kadar denda ini boleh dirujuk di laman sesawang Majlis Konvokesyen USIM.

SOALAN 16 : BAGI YANG BELUM BUAT CLEARANCE HUTANG, ADAKAH DISEDIAKAN KAUNTER BENDAHARI DAN PERPUSTAKAAN PADA HARI PEMINJAMAN JUBAH?2024-09-05T17:24:09+08:00

Jawapan : Semua graduan dikehendaki menyelesaikan semua hutang (yuran & denda) seminggu sebelum Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti. Semakan Hutang boleh dibuat pada portal Istudent. Graduan perlu menyelesaikan semua hutang secara dalam talian. Kaunter Bendahari dan Perpustakaan juga akan dibuka pada Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti yang diadakan pada 9 hingga 11 November 2024 bagi graduan yang mempunyai masalah berkaitan hutang. Bagi memastikan kelancaran peminjaman pakaian akademik universiti, bakal graduan dinasihatkan menyelesaikan semua hutang selewat-lewatnya seminggu sebelum Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti.

SOALAN 17 : SAYA MEMPUNYAI MASALAH UNTUK HADIR KE USIM BAGI MENYELESAIKAN HUTANG KERANA SAYA TINGGAL JAUH DI KEDAH. ADAKAH PEMBAYARAN ONLINE DISEDIAKAN?2024-09-05T17:25:51+08:00

JAWAPAN :

Bermula pada Majlis Konvokesyen Ke-22 USIM tahun 2024, semua penyelesaian hutang bagi tujuan konvokesyen perlu dibuat pada portal iStudent. Pembayaran perlu dibuat secara dalam talian. Bakal graduan perlu mencetak slip pengesahan tiada hutang atau memaparkan slip tersebut pada telefon bimbit semasa Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti. Bakal graduan tidak perlu lagi hadir ke kampus untuk menyelesaikan hutang. Walau bagaimanapun, bakal graduan dinasihatkan menyelesaikan hutang selewat-lewatnya seminggu sebelum Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti.

SOALAN 18 : SAYA MEMPUNYAI MASALAH UNTUK AKSES KE ISTUDENT? APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN?2024-09-05T17:28:03+08:00

Sekiranya bakal graduan mempunyai masalah untuk login ke dalam portal iStudent atau mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan teknikal sistem iStudent, graduan perlu e-mel masalah tersebut kepada support_academic@usim.edu.my. Sertakan bersama nama, no matriks dan masalah yang dihadapi.

Bagi graduan siswazah (Doktor Falsafah, Sarjana dan Diploma Siswazah) yang mempunyai masalah untuk login ke iStudent, mereka boleh reset semula kata laluan untuk akses ke iStudent melalui portal iPPS seperti berikut :

  1. Log-in ke dalam portal IPPS.
  2. Klik Account Setting -> Change of Password.
  3. Sila kemaskini kata laluan sehingga paparan “Your Password has been updated” dipaparkan.
SOALAN 19 : ADAKAH KAMI PELAJAR SISWAZAH (PHD/MASTER/DIPLOMA SISWAZAH) PERLU MELENGKAPKAN BORANG CLEARENCE SEMAKAN HUTANG?2024-09-05T17:29:05+08:00

JAWAPAN : Penyelesaian hutang pada portal Istudent adalah bagi bakal graduan Sarjana Muda sahaja. Bagi graduan siswazah, anda perlu melengkapkan Borang Clearance (PPS21) dan sekiranya anda telah menghantar borang tersebut ke fakulti atau Bahagian Pengurusan Siswazah, anda tidak perlu lagi membuat clearance hutang. Anda hanya perlu bawa kad matrik dan slip pengesahan siap Sistem Kajian Pengesanan Graduan sahaja semasa Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti bagi tujuan pengambilan jubah.

Go to Top