Bakal graduan dan tetamu tidak dibenarkan mengambil gambar, rakaman video atau yang seumpamanya ketika Majlis Konvokesyen sedang berlangsung melainkan dari tempat duduk masing-masing dalam keadaan duduk.

 

Universiti akan menyediakan juru gambar untuk menguruskan rakaman gambar semasa majlis berlangsung di dalam Dewan Tuanku Canselor USIM. Harga gambar adalah tertakluk kepada ketetapan yang dibuat oleh pihak Universiti melalui Pusat Komunikasi Strategik (Stracomm) USIM. Kaunter fotografi konvokesyen akan dibuka semasa Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti pada 13 hingga 16 November 2021.