Peringatan:

Adalah dimaklumkan bahawa Senat Universiti Kali Ke-88, Bil. 4/2015 yang telah bersidang pada 19 Ogos 2015 memutuskan supaya:
  • Pelajar yang berstatus Tamat Pengajian serta Layak Dianugerahkan Ijazah (LDI) yang masih berhutang dengan universiti tidak dibenarkan:
    • mengambil Jubah Konvokesyen;
    • menghadiri Majlis Konvokesyen; dan
    • mendapatkan Skrol Ijazah, Transkrip Akademik Rasmi/Sementara serta Surat Tamat Pengajian.
  • Pelajar perlu menyelesaikan semua hutang selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti iaitu pada 5 NOVEMBER 2024.

TARIKH DAN LOKASI PEMINJAMAN PAKAIAN AKADEMIK UNIVERSITI

Semua graduan yang menghadiri Majlis Konvokesyen dikehendaki memakai Pakaian Akademik Universiti.

Peminjaman Pakaian Akademik Univeristi bagi GRADUAN SARJANA MUDA dan GRADUAN SISWAZAH adalah sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 9 hingga 11 November 2024 (Sabtu hingga Isnin)
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Tuanku Canselor, USIM

Jadual Taklimat Majlis Konvokesyen dan Hari Peminjaman Pakaian Akademik Univeristi bagi GRADUAN SARJANA MUDA adalah sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 9 hingga 11 November 2024 (Sabtu hingga Isnin)
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Tuanku Canselor, USIM
 
Tarikh Perkara Masa Fakulti Tempat
9 Nov 2024
(Sabtu)
Taklimat Majlis Konvokesyen 9.00 – 10.00 pagi FST, FKAB, FPSK & FPg Dewan Tuanku Canselor
Peminjaman Pakaian Akademik Universiti 10.00 pagi – 1.00 tengah hari
Taklimat Majlis Konvokesyen 1.00 – 2.00 petang FKP & FEM Dewan Tuanku Canselor
Peminjaman Pakaian Akademik Universiti 2.00 – 5.00 petang
10 Nov 2024
(Ahad)
Taklimat Majlis Konvokesyen 9.00 – 10.00 pagi FPQS & FPBU Dewan Tuanku Canselor
Peminjaman Pakaian Akademik Universiti 10.00 pagi – 1.00 tengah hari
Taklimat Majlis Konvokesyen 1.00 – 2.00 petang FSU Dewan Tuanku Canselor
Peminjaman Pakaian Akademik Universiti 2.00 – 5.00 petang
11 Nov 2024
(Isnin)
Taklimat Majlis Konvokesyen 9.00 – 10.00 pagi Terbuka kepada semua graduan yang belum mengambil Pakaian Akademik Universiti. Dewan Tuanku Canselor
Peminjaman Pakaian Akademik Universiti 10.00 pagi – 5.00 petang

Bagi GRADUAN SISWAZAH butiran pengambilan jubah adalah seperti berikut:

Tarikh : 9 hingga 11 November 2024 (Sabtu hingga Isnin)
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Tuanku Canselor, USIM

Graduan Diploma Siswazah, Sarjana dan Doktor Falsafah boleh meminjam Pakaian Akademik Universiti pada mana-mana tarikh daripada 9 hingga 11 November 2024. Bakal graduan Siswazah boleh mengikuti mana-mana slot Taklimat Majlis Konvokesyen seperti yang dinyatakan pada jadual di atas.

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA

  • Kad Matrik

  • Slip Pengesahan Pengesanan Graduan (Graduate Tracer Study) KPT

    Klik sini
  • Slip Pengesahan Tiada Hutang

    sarjana muda
  • Slip clearance semakan hutang

    Siswazah
  • Surat kuasa/kebenaran bagi yang mewakili graduan lain yang diwakili 

    Contoh Surat

Peringatan:

  • Bakal graduan digalakkan mengambil sendiri Pakaian Akademik Universiti untuk menentukan saiz yang sesuai dan ukuran yang tepat. Walau bagaimanapun, bakal graduan boleh mewakilkan waris atau rakan untuk mengambil pakaian tersebut dengan syarat telah menyelesaikan semua hutang dengan Universiti dan telah lengkap mengisi Kajian Pengesanan Graduan KPT.
  • Bakal graduan hanya boleh mengambil/mewakili seorang graduan yang lain sahaja bagi urusan peminjaman pakaian akademik tertakluk kepada syarat-syarat pengambilan. Wakil perlu membawa bersama surat kuasa/kebenaran sebagai bukti persetujuan.

Peringatan:

  • Bakal graduan yang telah menyelesaikan hutang, perlu mengemukakan bukti bayaran bagi mengelakkan sebarang masalah pada hari Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti.
  • Bakal graduan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Pakaian Akademik Universiti yang dipinjam.
  • Peminjaman Pakaian Akademik Universiti hanya dibenarkan sekali sahaja sebelum Majlis Konvokesyen berlangsung. Sehubungan dengan itu, bakal graduan dinasihatkan agar tidak lupa untuk membawa bersama Pakaian Akademik Universiti semasa Majlis Konvokesyen berlangsung.