GRADUAN SARJANA MUDA
Graduan Sarjana Muda boleh mengambil skrol ijazah masing-masing setelah pengurniaan ijazah dan selesai pemulangan jubah di Kaunter Informasi DTC seperti ketetapan berikut :
Hari |
Masa |
Tutup |
3 Disember 2024 (Selasa) |
2.30 petang hingga 6.30 petang |
1.00 – 2.30 petang (ditutup bagi memberi laluan kepada perarakan graduan, perarakan akademik dan perarakan besar masuk ke dalam Dewan) |
4 Disember 2024 (Rabu) |
9.00 pagi hingga 6.30 petang
|
|
5 Disember 2024 (Khamis) |
9.00 pagi hingga 6.30 petang
|
|
6 Disember 2024 (Jumaat)
|
9.00 pagi hingga 5.30 petang
|
12.30 tengah hari – 3.00 petang (ditutup bagi memberi laluan untuk Solat Jumaat)
|
7 Disember 2024 (Sabtu) |
9.00 pagi hingga 5.00 petang |
1.00 tengah hari – 2.00 petang. |
8 Disember 2024 (Ahad) |
9.00 pagi hingga 1.30 tengah hari |
Tiada |
Selepas tarikh di atas, graduan boleh mengambil skrol ijazah masing-masing di Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Aras 2, Bangunan Canselori. Graduan sarjana muda dimohon untuk mengisi slot temujanji Pengambilan Skrol Ijazah melalui pautan https://www.picktime.com/AmbilSkrolUSIM
|
GRADUAN SISWAZAH
Graduan Siswazah boleh mengambil skrol ijazah masing-masing setelah pengurniaan ijazah dan selesai pemulangan jubah di Kaunter Informasi DTC seperti ketetapan berikut :
Hari |
Masa |
Tutup |
3 Disember 2024 (Selasa) |
2.00 petang hingga 6.30 petang |
Dibuka sepenuhnya sepanjang masa beroperasi.
|
4 Disember 2024 (Rabu) |
9.00 pagi hingga 6.30 petang
|
|
5 Disember 2024 (Khamis) |
9.00 pagi hingga 6.30 petang
|
|
6 Disember 2023 (Jumaat)
|
9.00 pagi hingga 5.30 petang
|
12.30 tengah hari – 3.00 petang (ditutup bagi memberi laluan untuk Solat Jumaat) |
7 Disember 2023 (Sabtu) |
9.00 pagi hingga 5.00 petang |
1.00 tengah hari – 2.00 petang. |
8 Disember 2023 (Ahad)
|
9.00 pagi hingga 1.30 tengah hari |
Tiada |
Selepas tarikh di atas, graduan boleh mengambil skrol ijazah masing-masing di bangunan Bahagian Pengurusan Siswazah.
|
DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA
Kad Pelajar(Kad Matrik)
Slip Pemulangan Jubah
Peringatan
Graduan bertanggungjawab memastikan surat tamat pengajian, transkrip akademik rasmi dan skrol ijazah yang diterima diperiksa terlebih dahulu sebelum meninggalkan kaunter. USIM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan.
GRADUAN YANG TIDAK DAPAT HADIR
Bakal graduan yang tidak dapat hadir untuk mengambil surat tamat pengajian, transkrip akademik rasmi dan skrol ijazah dengan alasan yang munasabah boleh membuat permohonan ke Bahagian Pengurusan Akademik/Pusat Pengajian Siswazah untuk diposkan secara pos laju dengan menulis alamat yang jelas dan lengkap berserta dengan no. telefon bimbit (jika ada), satu (1) salinan kad pengenalan (depan dan belakang) dan disertakan bayaran pos yang ditetapkan seperti berikut:
Bil | Zon | Kadar Bayaran Pos |
1. | Zon A : Malaysia |
RM10.00 |
2. | Zon B : Thailand, Brunei, Singapura, Indonesia, Kemboja, Hong Kong, Laos, Myanmar, Filipina & Vietnam. |
RM30.00/USD8 |
3. | Zon C : Lain-lain negara |
RM48.00/USD12 |
Bayaran boleh dibuat sama ada dengan mendepositkan jumlah yang ditetapkan ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bernombor 05-058-01-0021488 atas nama Bendahari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Semua urusan pos untuk menghantar skrol ijazah akan dibuat secara akuan terima berdaftar.
Peringatan
Universiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan semasa perjalanan pos.
GRADUAN YANG MEWAKILKAN ORANG LAIN
Graduan yang mewakilkan orang lain untuk mengambil surat tamat pengajian, transkrip akademik rasmi dan skrol ijazah dikehendaki mengemukakan dokumen berikut:
Surat Kuasa Pengambilan Transkrip Akademik Rasmi, Surat Tamat Pengajian dan Skrol Ijazah. Sila klik pada pautan untuk muat turun Surat Kuasa
Salinan kad pengenalan wakil
- Salinan kad matrik/kad pengenalan graduan
Slip pemulangan jubah/ Borang Clerance Hutang
Peringatan
Wakil graduan bertanggungjawab memastikan dokumen tersebut diperiksa terlebih dahulu sebelum meninggalkan kaunter terutamanya ejaan nama.
Bahagian Pengurusan Prasiswazah tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan, kehilangan atau kerosakan selepas serahan dilakukan.
PERMOHONAN PENYATA IJAZAH GANTIAN
Graduan boleh membuat permohonan penyata ijazah gantian sekiranya skrol ijazah telah hilang atau rosak dengan bayaran sebanyak RM100.00 (warganegara)/USD40 (bukan warganegara). Permohonan tersebut hendaklah disertakan maklumat berikut:
- Surat permohonan daripada calon
- Laporan polis
Resit bayaran
PERMOHONAN TRANSKRIP AKADEMIK RASMI TAMBAHAN
Graduan juga boleh membuat permohonan Transkrip Akademik Rasmi tambahan sekiranya diperlukan dan setiap permohonan akan dikenakan bayaran sebanyak RM25.00 (warganegara) atau USD10 (bukan warganegara) bagi setiap set bahasa.
PENGAMBILAN TRANSKRIP KOKURIKULUM
Graduan hendaklah berurusan terus dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar bagi urusan pengambilan Transkrip Kokurikulum.