25 Tahun USIM: Melakar Kejayaan, Mencipta Perubahan
Ulang tahun ke-25 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bukan sekadar angka tetapi merupakan lambang kejayaan hasil daripada perjuangan, kesungguhan dan visi dalam mengangkat martabat ilmu berteraskan gabungan naqli dan aqli. Dalam tempoh suku abad ini, USIM telah berjaya melakar pelbagai pencapaian signifikan dalam dunia pendidikan, penyelidikan, inovasi serta pembangunan insan.
Dengan asas kukuh pada integrasi ilmu Islam dan sains moden, USIM telah menjadi pencetus perubahan dalam landskap pendidikan tinggi negara. Kejayaan demi kejayaan yang dilakar mencerminkan komitmen berterusan warga USIM dalam memacu transformasi pendidikan, sejajar dengan tuntutan semasa dan keperluan ummah.
Seiring dengan tema ini, firman Allah SWT dalam Surah Ar-Ra’d, ayat 11:
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا۟ مَا بِأَنفُسِهِمْ ۗ
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah Ar-Ra’d: 11)
Ayat ini menjadi cerminan kepada perjalanan USIM yang penuh muhasabah, tekad dan usaha berterusan untuk mencipta perubahan bermakna demi kemaslahatan masyarakat dan negara.
USIM bukan sahaja melakar sejarah dalam pencapaian akademik, bahkan menjadi institusi yang membentuk nilai, sahsiah dan kepimpinan generasi masa depan yang holistik, berpaksikan nilai-nilai Islam yang murni. Pencapaian 25 tahun ini menjadi batu loncatan untuk terus mencipta impak yang lebih besar pada masa akan datang, meneruskan legasi keilmuan yang menjunjung rahmat untuk seluruh alam.
25 Tahun USIM – Sebuah perjalanan berinspirasi, berlandaskan wahyu, mencorak perubahan.