KAD JEMPUTAN

Setiap graduan akan menerima satu (1) kad jemputan bagi kehadiran dua (2) orang tetamu sahaja. Kad jemputan yang hilang tidak akan diganti. Kad jemputan tersebut hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri Majlis Konvokesyen. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan Tuanku Canselor USIM.

Adalah diingatkan bahawa pemegang kad jemputan Majlis Konvokesyen sahaja yang akan dibenarkan masuk ke dalam Dewan Tuanku Canselor USIM. Kad jemputan Majlis Konvokesyen akan diberikan kepada graduan semasa Hari Peminjaman Jubah Konvokesyen yang akan diadakan pada 8 hingga 10 November 2025. Surat Jemputan Digital (Ibu/Bapa/Penjaga) bagi Majlis Konvokesyen Ke-23 USIM boleh dimuat turun melalui menu pengesahan kehadiran dalam portal iStudent.

Pihak Universiti akan mengadakan siaran video secara langsung di ruang legar Dewan Tuanku Canselor untuk tetamu yang tidak dapat memasuki dewan.