• Pakaian Akademik Universiti yang lengkap terdiri daripada jubah graduan, hud dan mortar board

  • Pakaian Akademik Universiti ini hendaklah dipakai sepanjang Majlis Konvokesyen ini berlangsung.

Peringatan

Graduan tidak dibenarkan mengubahsuai jubah graduan, hud dan mortar board.

PAKAIAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN


GRADUAN LELAKI

  • Lounge suit (blazer dan seluar slack) berwarna gelap serta bertali leher atau

  • Berkemeja lengan panjang dengan tali leher dan berseluar slack gelap atau

  • Baju Melayu lengkap bersamping atau

  • Baju Kebangsaan yang sopan dan bertutup penuh dan bersesuaian dengan protokol majlis rasmi dan istiadat konvokesyen.

  • Kasut formal berwarna gelap dan bertutup penuh

  • Sandal/kasut sukan TIDAK DIBENARKAN

  • Berambut pendek dan kemas serta tidak melebihi kolar baju


GRADUAN WANITA

  • Baju kurung tradisional atau kebarung atau kebaya labuh atau

  • Lounge suit atau

  • Baju kebangsaan yang sopan dan bertutup penuh dan bersesuaian dengan protokol majlis rasmi dan istiadat konvokesyen

  • Kasut formal gelap dan bertutup penuh

  • Purdah/ pakaian yang menutup muka TIDAK DIBENARKAN

  • Sandal/kasut sukan TIDAK DIBENARKAN

Peringatan

Urus setia/Pegawai Keselamatan berhak menghalang graduan yang tidak mematuhi Kod Pakaian sebagaimana di atas daripada mesuk ke dalam Dewan Tuanku Canselor USIM