Graduan dikehendaki memulangkan Pakaian AKademik Universiti sejurus tamatnya sidang konvokesyen mengikut lokasi berikut:

  • Bilik Jubah 1 – bagi graduan:
    – Siswazah (Doktor Falsafah, Sarjana dan Diploma Siswazah)
    – Sarjana Muda (FPSK dan FPg)

  • Bilik Jubah 2 – bagi graduan:
    – Sarjana Muda (FKP, FPQS, FSU, FPBU, FST, FKAB dan FEM)

Jadual waktu operasi Bilik Jubah 1 dan Bilik Jubah 2 sepanjang Majlis Konvokesyen USIM adalah seperti berikut:

TARIKH/HARI MASA TUTUP
25 November 2025 (Selasa) 7:30 pagi – 6:00 petang
26 November 2025 (Rabu) 7:30 pagi – 6:00 petang
27 November 2025 (Khamis) 7:30 pagi – 6:00 petang
28 November 2025 (Jumaat) 7:30 pagi – 5:00 petang 12:30 tengah hari – 3:00 petang
29 November 2025 (Sabtu) 9:00 pagi – 4:30 petang 1:00 tengah hari – 2:00 petang
30 November 2025 (Ahad) 9:00 pagi – 1:00 tengah hari

Bermula pada 1 Disember 2025, semua graduan Sarjana Muda dan graduan Siswazah perlu memulangkan jubah di pejabat Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Aras 2, Bangunan Canselori, pada waktu pejabat.

Peringatan : Graduan akan dikenakan denda lewat memulangkan Pakaian Akademik Universiti sekiranya memulangkan jubah pada hari kedua selepas sidang konvokesyen berlangsung.