PENGAMBILAN SKROL IJAZAH

  1. Graduan Sarjana Muda boleh mengambil skrol ijazah masing-masing setelah pengurniaan ijazah dan selesai pemulangan jubah di Kaunter Informasi DTC seperti ketetapan berikut :
    Hari Masa Tutup
    25 November 2025 (Selasa) 2.30 petang hingga 6.30 petang

    1.00 petang – 2.30 petang

    (ditutup bagi memberi laluan kepada perarakan graduan, perarakan akademik dan perarakan besar masuk ke dalam Dewan)

    26 November 2025 (Rabu) 9.00 pagi hingga 6.30 petang
    27 November 2025 (Khamis) 9.00 pagi hingga 6.30 petang
    28 November 2025 (Jumaat) 9.00 pagi hingga 5.30 petang 12.30 tengah hari – 3.00 petang (ditutup bagi memberi laluan untuk Solat Jumaat)
    29 November 2025 (Sabtu) 9.00 pagi hingga 5.00 petang Tiada
    30 November 2025 (Ahad) 9.00 pagi hingga 1.30 tengah hari Tiada
    Selepas tarikh di atas, graduan boleh mengambil skrol ijazah masing-masing di Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Aras 2, Bangunan Canselori. Graduan sarjana muda dimohon untuk mengisi slot temujanji Pengambilan Skrol Ijazah melalui pautan https://www.picktime.com/AmbilSkrolUSIM

Slip Pemulangan Jubah Konvokesyen.Graduan Siswazah boleh mengambil skrol ijazah masing-masing setelah pengurniaan ijazah dan selesai pemulangan jubah di Kaunter Informasi DTC seperti ketetapan berikut :

Hari Masa Tutup
25 November 2025 (Selasa) 2.00 petang hingga 6.30 petang Dibuka sepenuhnya sepanjang masa beroperasi.
26 November 2025 (Rabu) 9.00 pagi hingga 6.30 petang
27 November 2025 (Khamis) 9.00 pagi hingga 6.30 petang
28 November 2025 (Jumaat) 9.00 pagi hingga 5.30 petang 12.30 tengah hari – 3.00 petang (ditutup bagi memberi laluan untuk Solat Jumaat)
29 November 2025 (Sabtu) 9.00 pagi hingga 5.00 petang Tiada
30 November 2025 (Ahad) 9.00 pagi hingga 1.30 tengah hari Tiada
Selepas tarikh di atas, graduan boleh mengambil skrol ijazah masing-masing di Bahagian Pengurusan Siswazah.
  1. Graduan perlu membawa bersama:
    • Kad Pelajar.
    • Slip Pemulangan Jubah Konvokesyen.
  2. Graduan bertanggungjawab memastikan surat tamat pengajian, transkrip akademik rasmi dan skrol ijazah yang diterima diperiksa terlebih dahulu sebelum meninggalkan kaunter. USIM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan.
  3. Graduan yang tidak dapat hadir untuk mengambil surat tamat pengajian, transkrip akademik rasmi dan skrol ijazah dengan alasan yang munasabah boleh membuat permohonan ke Bahagian Pengurusan Prasiswazah/Bahagian Pengurusan Siswazah untuk diposkan secara pos laju dengan menulis alamat yang jelas dan lengkap berserta dengan no. telefon bimbit (jika ada), satu (1) salinan kad pengenalan (depan dan belakang) dan disertakan bayaran pos yang ditetapkan seperti berikut:

    Bil

    Zon

    Kadar Bayaran Pos

    1.

    Zon A :

    Malaysia

    RM10.00

    2.

    Zon B :

    Thailand, Brunei, Singapura, Indonesia, Kemboja, Hong Kong, Laos, Myanmar, Filipina & Vietnam.

    RM30.00/USD8

    3.

    Zon C :

    Lain-lain negara

    RM48.00/USD12

    Bayaran boleh dibuat sama ada dengan mendepositkan jumlah yang ditetapkan ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bernombor 05-058-01-0021488 atas nama Bendahari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

    Peringatan : Universiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan semasa perjalanan pos.

    1. Graduan yang mewakilkan orang lain untuk mengambil surat tamat pengajian, transkrip akademik rasmi dan skrol ijazah dikehendaki mengemukakan dokumen berikut:
    • Surat Kuasa Pengambilan Transkrip Akademik Rasmi, Surat Tamat Pengajian dan Skrol Ijazah. Sila klik pada pautan untuk muat turun Surat Kuasa.
    • Salinan kad pengenalan wakil.
    • Salinan kad matrik/kad pengenalan graduan.
    • Slip pemulangan jubah/ Slip Clearance

    Wakil graduan bertanggungjawab memastikan dokumen tersebut diperiksa terlebih dahulu sebelum meninggalkan kaunter terutamanya ejaan nama. Bahagian Pengurusan Prasiswazah tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan, kehilangan atau kerosakan selepas serahan dilakukan.

    Graduan boleh membuat permohonan penyata ijazah gantian sekiranya skrol ijazah telah hilang atau rosak dengan bayaran sebanyak RM100.00 (warganegara)/USD40 (bukan warganegara). Permohonan tersebut hendaklah disertakan maklumat berikut:

    • Surat permohonan daripada calon.
    • Laporan polis.
    • Resit bayaran.Graduan juga boleh membuat permohonan Transkrip Akademik Rasmi tambahan sekiranya diperlukan dan setiap permohonan akan dikenakan bayaran sebanyak 00 (warganegara)/USD10 (bukan warganegara) bagi setiap set bahasa.Graduan hendaklah berurusan terus dengan Pusat Hal Ehwal Pelajar bagi urusan pengambilan Transkrip Kokurikulum.