JAWAPAN : Semua bakal graduan perlu mematuhi masa kehadiran setiap sidang yang telah dinyatakan pada jadual sidang di laman web Majlis Konvokesyen USIM dan pada Surat Jamputan Graduan ke Majlis Konvokesyen USIM. Bakal graduan perlu melapor diri di Pintu A/B DTC bermula pukul 7.30 pagi bagi sidang pagi dan bermula pukul 1.50 tengah hari bagi sidang petang. Kehadiran awal sangat penting untuk memastikan kelancaran sidang tersebut. Graduan yang hadir lewat tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.