Jawapan : Semua graduan dikehendaki menyelesaikan semua hutang (yuran & denda) seminggu sebelum Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti. Semakan Hutang boleh dibuat pada portal Istudent. Graduan perlu menyelesaikan semua hutang secara dalam talian. Kaunter Bendahari dan Perpustakaan juga akan dibuka pada Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti yang diadakan pada 9 hingga 11 November 2024 bagi graduan yang mempunyai masalah berkaitan hutang. Bagi memastikan kelancaran peminjaman pakaian akademik universiti, bakal graduan dinasihatkan menyelesaikan semua hutang selewat-lewatnya seminggu sebelum Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti.