Bermula pada Majlis Konvokesyen Ke-22 USIM tahun 2024, semua penyelesaian hutang bagi tujuan konvokesyen perlu dibuat pada portal iStudent. Pembayaran perlu dibuat secara dalam talian. Bakal graduan perlu mencetak slip pengesahan tiada hutang atau memaparkan slip tersebut pada telefon bimbit semasa Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti. Bakal graduan tidak perlu lagi hadir ke kampus untuk menyelesaikan hutang. Walau bagaimanapun, bakal graduan dinasihatkan menyelesaikan hutang selewat-lewatnya seminggu sebelum Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti.