Sekiranya bakal graduan mempunyai masalah untuk login ke dalam portal iStudent atau mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan teknikal sistem iStudent, graduan perlu e-mel masalah tersebut kepada support_academic@usim.edu.my. Sertakan bersama nama, no matriks dan masalah yang dihadapi.
Bagi graduan siswazah (Doktor Falsafah, Sarjana dan Diploma Siswazah) yang mempunyai masalah untuk login ke iStudent, mereka boleh reset semula kata laluan untuk akses ke iStudent melalui portal iPPS seperti berikut :
1. Log-in ke dalam portal IPPS.
2. Klik Account Setting -> Change of Password.
3. Sila kemaskini kata laluan sehingga paparan “Your Password has been updated” dipaparkan.