JAWAPAN : Penyelesaian hutang pada portal Istudent adalah bagi bakal graduan Sarjana Muda sahaja. Bagi graduan siswazah, anda perlu melengkapkan Borang Clearance (PPS21) dan sekiranya anda telah menghantar borang tersebut ke fakulti atau Bahagian Pengurusan Siswazah, anda tidak perlu lagi membuat clearance hutang. Anda hanya perlu bawa kad matrik dan slip pengesahan siap Sistem Kajian Pengesanan Graduan sahaja semasa Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti bagi tujuan pengambilan jubah.