JAWAPAN : Untuk makluman semua graduan, bermula pada Majlis Konvokesyen Ke-20 USIM tahun 2022 raptai Majlis Konvokesyen telah ditukarkan format kepada Taklimat Majlis Konvokesyen USIM. Taklimat ini diwajibkan kepada semua graduan dan akan diadakan pada Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti. Graduan diminta merujuk jadual taklimat di laman web Majlis Konvokesyen USIM. Graduan yang tidak hadir boleh mengikuti taklimat tersebut yang akan rakamkan secara langsung secara dalam talian. Maklumat secara langsung taklimat tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.