JAWAPAN : Untuk makluman semua graduan, yuran konvokesyen TELAH DICAJ DAN DIBAYAR SEMASA PELAJAR MENDAFTAR UNIVERSITI. Walau bagaimanapun, sekiranya graduan mempunyai hutang tertunggak, graduan perlu menyelesaikan semua hutang sebelum meminjam jubah konvokesyen pada Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti. Graduan yang memiliki hutang tidak akan dibenarkan untuk meminjam jubah konvokesyen dan tidak dibenarkan menghadiri Majlis Konvokesyen USIM. Hanya bayaran fotografi pentas sahaja yang perlu dibayar oleh graduan.