TARIKH DAN LOKASI HARI PEMINJAMAN PAKAIAN AKADEMIK UNIVERSITI

Semua graduan yang menghadiri Majlis Konvokesyen diwajibkan memakai Pakaian Akademik Universiti.

Jadual Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti  dan Taklimat Majlis Konvokesyen dan bagi GRADUAN SARJANA MUDA adalah sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh      : 8 hingga 10 November 2025 (Sabtu hingga Isnin)
Masa         : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat    : Dewan Tuanku Canselor, USIM

Tarikh Perkara Masa Fakulti Tempat

8 November 2025

(Sabtu)

Taklimat Majlis Konvokesyen 9.00 pagi – 10.00 pagi FSU & FEM Dewan Tuanku Canselor
Peminjaman Pakaian Akademik Universiti 10.00 pagi – 1.00 tengah hari
Taklimat Majlis Konvokesyen 1.00 tengah hari – 2.00 petang FPQS, FPSK, FPg & FKAB Dewan Tuanku Canselor
Peminjaman Pakaian Akademik Universiti 2.00 petang – 5.00 petang

9 November 2025

(Ahad)

Taklimat Majlis Konvokesyen 9.00 pagi – 10.00 pagi FPBU & FKP Dewan Tuanku Canselor
Peminjaman Pakaian Akademik Universiti 10.00 pagi – 1.00 tengah hari
Taklimat Majlis Konvokesyen 1.00 tengah hari – 2.00 petang FST Dewan Tuanku Canselor
Peminjaman Pakaian Akademik Universiti 2.00 petang – 5.00 petang

10 November 2025

(Isnin)

Taklimat Majlis Konvokesyen 9.00 pagi – 10.00 pagi Terbuka kepada semua graduan yang belum mengambil Pakaian Akademik Universiti. Dewan Tuanku Canselor
Peminjaman Pakaian Akademik Universiti 10.00 pagi – 5.00 petang

Bagi GRADUAN SISWAZAH, butiran peminjaman Pakaian Akademik Universiti adalah seperti berikut:

Tarikh       : 8 hingga 10 November 2025 (Sabtu hingga Isnin)
Masa         : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat    : Dewan Tuanku Canselor, USIM

Graduan Diploma Siswazah, Sarjana dan Doktor Falsafah boleh meminjam Pakaian Akademik Universiti pada mana-mana tarikh daripada 8 hingga 10 November 2025. Bakal graduan Siswazah boleh mengikuti mana-mana slot Taklimat Majlis Konvokesyen seperti yang dinyatakan pada jadual di atas.


Peringatan:

  1. Dokumen yang perlu dibawa ketika Hari Peminjaman Pakaian Akademik Universiti:
    • Kad Matrik.
    • Slip Pengesahan Survei Pengalaman Pelajar di Institusi (SPPdI) dan Kajian Pengesanan Graduan (Graduate Tracer Study) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
    • Slip clearance semakan hutang.
    • Surat kuasa/kebenaran bagi yang mewakili graduan lain yang diwakili.
  1. Bakal graduan digalakkan mengambil sendiri Pakaian Akademik Universiti untuk menentukan saiz yang sesuai dan ukuran yang tepat. Walau bagaimanapun, bakal graduan boleh mewakilkan waris atau rakan untuk mengambil pakaian tersebut dengan syarat telah menyelesaikan semua hutang dengan Universiti dan telah lengkap mengisi Kajian Pengesanan Graduan KPT.
  2. Bakal graduan hanya boleh mewakili seorang graduan yang lain sahaja bagi urusan peminjaman pakaian akademik universiti. Wakil perlu membawa bersamasurat kuasa/kebenaran sebagai bukti persetujuan.