Pakaian Akademik Universiti yang lengkap terdiri daripada jubah graduan, hud dan mortar board
Pakaian Akademik Universiti ini hendaklah dipakai sepanjang Majlis Konvokesyen ini berlangsung.
| Peringatan
 Graduan tidak dibenarkan mengubahsuai jubah graduan, hud dan mortar board.  | 
|---|


PAKAIAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN
GRADUAN LELAKI
Lounge suit (blazer dan seluar slack) berwarna gelap serta bertali leher atau
Berkemeja lengan panjang dengan tali leher dan berseluar slack gelap atau
Baju Melayu lengkap bersamping atau
Baju Kebangsaan yang sopan dan bertutup penuh dan bersesuaian dengan protokol majlis rasmi dan istiadat konvokesyen.
Kasut formal berwarna gelap dan bertutup penuh
Sandal/kasut sukan TIDAK DIBENARKAN
Berambut pendek dan kemas serta tidak melebihi kolar baju
GRADUAN WANITA
Baju kurung tradisional atau kebarung atau kebaya labuh atau
Lounge suit atau
Baju kebangsaan yang sopan dan bertutup penuh dan bersesuaian dengan protokol majlis rasmi dan istiadat konvokesyen
Kasut formal gelap dan bertutup penuh
Purdah/ pakaian yang menutup muka TIDAK DIBENARKAN
Sandal/kasut sukan TIDAK DIBENARKAN
| Peringatan
 Urus setia/Pegawai Keselamatan berhak menghalang graduan yang tidak mematuhi Kod Pakaian sebagaimana di atas daripada mesuk ke dalam Dewan Tuanku Canselor USIM  | 
|---|