Wang Personal Bond akan dipulangkan setelah bakal graduan menamatkan pengajiannya dengan syarat tidak melanggar Undang-undang dan Peraturan Jabatan Imigresen Malaysia. Tuntutan wang Personal Bond bagi graduan Sarjana Muda adalah di Bahagian Pengurusan Prasiswazah. Manakala bagi graduan Siswazah adalah di Bahagian Pengurusan Siswazah. Bakal graduan perlu menyerahkan dokumen seperti berikut ketika membuat tuntutan:

  • Resit asal Personal Bond
  • Surat Tamat Pengajian